Jan 17, 2017

Sekolah, Sekolah dan Hospital (Part 1)

Week in a Life | 2017
2-8 January

Minggu yang penuh.  Ke sana ke mari.. (fuhh peluh).

Januari 3 

Ariff Farhan (Paan) Day 1 at school. Semestinya budak yang ceria.. semestinya tiada drama air mata. Yey! Mama yang terkejar kejar nak catch up with his day. 7am - Aunty Kok (our beloved trusty acik van sekolah) arrived - punctual as usual. Off budak ceria naik van & waived good bye, all SMILE :)



7.15 am
Maknya start engine kereta & vroom vroom terus ke SAR KAFA Integrasi Setia Alam (konon nak sampai dulu before budak di turunkan van sekolah. Rupenya struggle sekejap nak cari tempat nak parking kereta. So while maknya cari parking, Paan dah turun van & Aunty Kok dah ensure budak2 kecik masuk pagar.



Maknya tengok dari jauh je, antara pesan maknya :-

"Dengar cakap ustazah, nnt waktu rehat boleh beli makanan dkt kantin, makan dengan kawan2, waktu balik tunggu Aunty Kok dekat tempat Aunty suruh tunggu tau. Jangan " merayau-rayau"

Dia jawab "haa.. tau dah.. Aunty Kok dah bagitau dah saya"

9.30 am
Maknya datang jenguk waktu rehat. Tercari-cari budak kecik tu, di celah2 anak-anak yang macam semut keluar kelas. Easy going as usual, boleh beli makan sendiri, duduk di meja terus boleh borak dgn member sebelah. Bila di tanya "kawan kelas paan ke ?" Dia jawab "ntah la.. tatau darjah berapa ntah.."



Kring masuk kelas ... Maknya rasa lega .. balik rumah. Selesai hal satu sekolah.

10 am
Maknya ajak Amirul Akmal (Abang) untuk cari beberapa item yang masih belum cukup utk asrama. Bapanya pun follow. Memula ke Daiso (biasala masuk Daiso mmg senang nak leka). Lepas tu singgah 99mart plak nak cari bekal kudapan sikit utk Abang esok hari.

12.15 pm
Off Paan ke Sekolah Kebangsaan pula.


12.30 pm
Maknya sekali lagi mengalami masalah mencari parking kat sekolah .. uhuh. Ingatkan dah awal, rupenye dah lambat. Berjalan laju2 masuk perkarangan sekolah, dari jauh dah nampak budak botak lari lari sengih (muka lega) nampak maknya sampai. Kata dia.. lepas Aunty Kok hantar depan pagar sekolah, dia jalan je ikut kawan2 tu masuk sekolah. ((bagus baguss..))



Cerita di perhimpunan pertama anak Darjah 1 , sama je saban tahun. Yang anak nya yang pertama (sulung) masuk sekolah, risaunya tak bersempadan (kata si emak anak #3 masuk sekolah; konon dah expertla tuh.kahkah)

Berbuih buih, berbelon belon air liur si cikgu memaklumkan "Minta kerjasama ibu bapa, tidak berada terlalu hampir dengan pelajar. Minta kerjasama memberikan ruang dan laluan kepada pelajar.. " Adehh.. mmg tak makan saman.

Mak mak veteran.. berdiri seiring agak jauh sedikir dari barisan pelajar , dua tiga orang (muka agak2 kenal.. pernah selisih di waktu di tadika, pernah anak #1 & #2 sekelas dulu.. ) Borak2 kosong bertanya khabar. Bertukar cerita si anak yang lain.. selang seli umpatan sedas dua kat mak pak yang tak makan saman & sama beratur di barisan pelajar. Kalau boleh nak duduk sekali agaknya di situ. Adeh..


Udahla petang dan panas, lama pulak ucapan Guru Besar..  antara ulasnya KSSR model baru..  betapa ramainya anak-anak tahun 1-2017 ini, 400 lebih semuanya yang melapor diri. yada yada.. ((dalam pikiran mak ada satu je..  Errr tak boleh ke anak-anak nih masuk kelas dulu.. ?")). Adehh..

Selamat pelajar-pelajar masuk kelas.. Maknya lambai lambai bagi semangat kat Paan "Chaiyok ..chaiyok" ((tu dalam hati maknye aje.. tak le plak maknya menjerit2 di tgh panas tuh)).



3.00pm
Mak datang lagi nak jenguk orang waktu rehat. Mak lambat, maka tercari cari dalam 400 org campur lagi budak darjah 2 & 3. Si budak comel kecik kiut tuh. Bila jumpa.. Ohoh selamat dah dia sedang membayar dekat makcik kantin. Bertukar tangan duit & air Tinge. Bila di tanya, nape beli air aje ? Jawab dia " Ramai ibubapa yang beli makanan, saya tak boleh nak beli. Sebab tu saya beli air nih, situ tak ramai orang" .. Adehh..


3.30pm
Keluar lagi bawa Abang ke BSN, konon nak applykan akaun. Sekali tu nombor giliran menunggu yg depannya ada 40 orang. Errk.. kensel.

6.30pm
Tengok rambut abang.. Alamak Abang.. tak potong rambut lagi. Zaaas keluar balik pergi potong rambut ala budak sekolah sopan di Tesco.


Adeh penat betul rasanya.

Januari 4

4 am
Paan masuk bilik, kata nak verak. OKla.. bukakkan lampu. Dia diam buat projek. Mak pun ngantuk2 tunggu. Dia keluar bilik air.. duduk tepi katil. Dia cakap "mama saya rasa macam nak muntah.. "

Blueeeekkkkkk..

Adeehh.. new episode.

0 comments: