Siku|atLlife.. Hello.. :)

..Life's journey is what we choose it to be..

Go confidently in the direction of your dreams.

Live the life you've imagined.

In the eyes of a child...

there is joy, there is laughter... there is hope, there is trust, a chance to shape the future...

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Oct 20, 2017

OMG

OMG nak hujung tahun dah.. and krik krik.. blog tak terusik

OK ,
Nah gambar nak balik rumah selepas operasi berenang2 bebas di bilik selama 2 hari 1 malam.


#cissnampakdabelchinmak #budakbudakdahbesopanjang

Feb 16, 2017

Tahniah Kakak Nurul Atiqah

Tahun lepas tiada laman web atau SMS boleh digunakan utk check result UPKK Abang. Mama balik office, awak yang bergossip beriye-riye.. "Mama , kawan ika kata Abang dapat 8A"

Reaksi Abang.. hmpp.. Takde expression... kekekkeek.
Gembira ke ? Teruja ke ?
Sampai kena suruh nak tgk slip result, baru korek-korek beg cari mana slip.
Iyela kan.. ntah betul ntah tidak gossip si adik manis tuh :)

Alhamdulillah.. Tahun nih reaksi yang berbeza... Tahniah Kakak!
Dia punya cerita tentang debaran menunggu result UPKK sejak 11 am - 530 pm (empunya diri di sekolah, terus sampai petang sbb ada aktiviti KOKO) .. Fuhh mama dengar pun dah macam keretapi laju ... Takde noktah ceritanya..

"Saya dengar Ilyana dah tahu result dia, mak dia mesej kat Cikgu Salwati, lepas tu ada si polan pun dah tahu.. lepas tuh.. lepas tu.. lepas tuh.. Lepas tu saya balik.. lepas tu saya klik link mama kasik tu, saya macam tak percaya.. lepas tu .. lepas tuh.. "

hohohoh.

Hari yang riang buat si Kakak.. Tapi jangan lupa ada lagi 2 exam besar utk awak :P


Moga momentum di teruskan utk UPSR & PSRA 2017 ! Chaiyok!


Jan 20, 2017

Ariff Farhan vs Rotavirus

Week in a Life | 2017
2-8 January

Kesinambungan cerita Sekolah, Sekolah & Hospital


January 5
Mak urgent leave.. monitor dua orang budak sakit

January 6
Bapak urgent leave .. take turn monitor dua budak sakit

January 7 

Hari Sabtu. 

Adehh.. mmg tak boleh jadi dah nih. Paan still continue to throwing up everything yang dia consumed. Ubat toksah cakap lah..air .. makanan ..ape saja.. huhuhu. Lepas Asar, paknya kata.. jom kita pergi hospital. Before ke hospital, kena dapatkan refer letter nak minta GL dulu.  So bergegas ke Klinik Araa berdekatan rumah. Doktor pun tak banyak soal, dia pun setuju, kena drip air nih. Ciri - ciri dehydrated mmg makin obvious. Alarming. 

Destinasi pertama, kami ke DEMC (sebab utamanya adalah , paling hampir dengan rumah. Apa apa nanti nak ulang alik hospital - rumah , MUDAH. 

Adeehh.. letih nak story pasal DEMC nih, with refer letter tuh, kami Q dia emergency lane. Tunggu punya tunggu.. Sampai lah giliran. Itu pun dah satu jam masa berlalu. Masuk-masuk bilik Doktor tuh, doktor tu tgk sikit.. Dia pun setuju anak nih perlu di hospitalised. "TAPI.. sekejap ye Mak, saya pergi cek ada bilik tak"

Credit to the attending doctor - sbb segera bingkas bangun pergi cek bilik - TAKDE KOSONG.
Terus suruh Mak decide Hospital lain . SEGERA.

Dah buang masa 1 jam kat situ. Mak dan pak terus aje vrooomm kereta ke Hospital Pantai KL. So far tak pernah mengecewakan dalam memberikan treatment segera. Walaupun nun jauh dari rumah .

Di HPKL, Alhamdulillah.. semuanya mudah dan segera di uruskan. Menunggu sekejap dlm 2-3 minit selepas pendaftaran di kaunter Emergency. Terus Paan di panggil masuk, boleh menunggu Doktor access di dalam wad temporary di Emergency treatment. Assessment pun mudah, Doctor yg datang ke katil, di belek.. di colek.. di tanya itu ini.Terus process utk di admit ke ward. Sementara menunggu bilik dan katil wad, Paan dah start di drip air. Alhamdulillah.. Lega perasaan Mak. 

Lega terus dapat baring di ER

Good boy, takde drama-drama masa nak pasang drip. 

Maka bermulalah kehidupan Mak , Pak dan Paan di hospital selama 5 hari nan indah.. kah kah kah. 

Day 1-2-3 macam ni lah dia..Makan tak berapa nak, minum kena paksa. Mengharapkan drip yg berbotol2 tu aje lah. Alhamdulillah, muntah dah takde, just cherry berry masih continue

Bilik Isolation - Lepas confirm Rotavirus, terus bilik kena marked gini. ISOLATE dari budak budak lain. Highly contagious.

Day 4 - dah ada selera.. tapi selera dia mahal okeyh..Sushi nyamm nyammm

Off dari kena drip, getting better. Dah boleh jalan-jalan dalam bilik.. Tgk permandangan (Jem kat bawah nun) & view office Mama  di seberang jalan sana nun..

Jalan-jalan ala ala tourist. Heho

Cehh..bila dah sihat .. Terus tukar gaya ronggeng atas katil orang sakit.

One for the album - Penghuni C528 utk 5 hari. 

Discharge YEY..Finally

Ajim windu sangat kat Abang.. dok terkepot kepot aje kat sebelah Abam yg dah 5 hari tak ketemuan. 


Diagnosis - Rotavirus

Sekian. 


Jan 19, 2017

Sekolah, Sekolah dan Hospital (Part 2)

Week in a Life | 2017
2-8 January

January 4

4.15am
Makpak terus bongkah bangun....habis hujung katil dah lencun.. Tak tengok lagi part atas lantai..Adusss. Paan dah ulang balik masuk toilet.. Muntah ada..cherry berry jugak. Tatau berapa round dah dia muntah & tercirit.. Seluar dah berganti..pun kena lagi.

5.30am
Akhirnya Paan dia terlelap dalam berselimut gara-gara.. suar takde. :P Mak malas nak turun cari seluar kat bilik bawah. Ada Atok & Pah datang bermalam, semangat nak ikut sama menghantar Abang masuk asrama pagi nanti. Nanti kalau Mak pergi ketuk pintu nak ambil seluar Paan, harus Atuk & Pah join bersengkang mata pulak nnt.

645 am
Sebagaimana di rancang.. yang nak bertolak ke asrama harus memulakan perjalanan. Bismillah.. bertolak lah Mak, Pak, Atuk, Opah dan Abang ke Labu Negeri Sembilan. Bajet-bajet sampai awal, singgah RNR bersarapan dalam perjalanan nanti.

Jangka perjalanan 50 minit..  masih awal pagi. Kereta pun masih sikit di jalan raya. Berhenti rehat di R&R Seremban seperti di rancang. Kelibat mak bapak lain dengan anak seragam sekolah menengah merata-rata. Agaknya semua serupa idea..moh sarapan dulu sebelum register. Pendaftaran sbp seragam tarikhnya 4hb Januari..berteka-teka sendiri agak-agak ada tak antara anak-anak berseragam ni bakal meneman Abang di sekolah nanti.
Jom swafoto Abang 

Berdedai dedai orang singgah sarapan sebelum pergi register

8.30 am
Selamat memparkir kereta di perkarangan sekolah. Huh... mak rasa nostalgia sangat (sbb hantar anak masuk sekolah mak tinggalkan 20 tahun yg lalu). Walaupun tentativenya pendaftaran bermula 9 pagi seperti dalam surat. Tapi kaunter-kaunter di jaga pelajar-pelajar senior telah pun di buka dan boleh mula memproses. Proses pendaftaran di bahagi-bahagi dalam beberapa section. Kaunter semakan, kaunter Rumah Sukan, kaunter Bayaran Koperasi, Kaunter bayaran Asrama semua berasingan. Membenarkan ibubapa penjaga mudah bergerak tanpa perlu beratur panjang. (Boleh juga skip kaunter, pergi yang mana kosong). Bijak sistem ini. Berpeluh-peluh juga mengeluarkan wang pendaftaran.

10.00 am
Selesai urusan di dewan, kami boleh pilih hendak ke Koperasi (mengambil barang-barang yg telah di bayar tadi) atau boleh terus ke asrama. Kami pilih pergi cop katil dulu la.. hhehehhe.. Mak pak & Abang terus di serbu (boleh kata serbu gak le..  sbb dalam 4-5 orang nak tolong angkat barang pergi asrama). Okeh adik .. sila lah bawakkan barang nih (ecewaaahh.. mak perasan masih muda).
Beratur di Koop

Locker inspection - sampai awal boleh pilih-pilih

Bilik Rumah Umar 

Dorm mengikut rumah Sukan. Form 1, Form 2 dan 2 abang MPP akan duduk dalam satu bilik. Cadar semua seragam ikut warna rumah Sukan. Loker sorang satu, besi & sangat luas (ini comparison kepada zaman mak dulu yg cuma dapat loker kayu 1/3 size loker si anak nih).  Masa Mak , Pak dan Abang sampai bilik, abang MPP tengah menyapu sampah. Comel-comel dan sopan aje orang nya. First impression mak & bapak.. "nampak harmless" . Moga mmg begitula sifat azali nya walaupun nnt penjaga dah balik.

Aihh senang sekarang, pakai pasang siap aje.. tak aci nih

Loker yang besarnya weh.. 

11.30 am
Ada taklimat daripada pentadbir sekolah. Yada yada.. sesi soal jawab. Done.

Mengenang masa depan ke ape kah  ? 

Since masih boleh bawa anak keluar sehingga pukul 6pm. Kami keluar balik, terus decide nak pergi ke rumah PakSu di Bangi Avenue sambil singgah beli sandal utk Abang , kidnap senaskah tafsir dari rumah Paksu, makan tengahari, jahit badge di baju sekolah Abang (ada satu badge aje pun dapat beli.. jadi la.. asal ada). Sempat juga buat kunci pendua utk loker di asrama (satu bg abang simpan spare, satu letak dlm kereta makpak, satu tinggal rumah Paksu - dahsyat tak planningnya.. heheh)

Duplicate kunci in progress

5.50pm
Abang yang dah siap mandi di rumah Pak Su, turun kereta terus berlari naik asrama. Nak tukar baju melayu (Abang MPP dah pesan tadi, pukul 630pm dah kena siap nak makan malam & lepas tu ke Surau).

Hmpp... bye bye Abang (nampak ke dia berlari naik tangga tu ? )

Ganbatte!

Uiihh.. semangat. Takde toleh toleh belakang pun. So mmg takde la episode anak teriak , mak teriak. Mak terkebil-kebil ada la..  Bye bye Abang . Moga sukses selalu (Doa mak dalam hati)

by 7pm
Sampai di rumah.

Tengok Paan melembik. Tengok Ajim pun sama merengek-rengek. Sorang muntah & cherry berry.. Sorang deman & cherry berry. Lepas solat... terus bawa keduanya pergi klinik.

Orang sakit 1

Orang sakit 2




Jan 17, 2017

Sekolah, Sekolah dan Hospital (Part 1)

Week in a Life | 2017
2-8 January

Minggu yang penuh.  Ke sana ke mari.. (fuhh peluh).

Januari 3 

Ariff Farhan (Paan) Day 1 at school. Semestinya budak yang ceria.. semestinya tiada drama air mata. Yey! Mama yang terkejar kejar nak catch up with his day. 7am - Aunty Kok (our beloved trusty acik van sekolah) arrived - punctual as usual. Off budak ceria naik van & waived good bye, all SMILE :)



7.15 am
Maknya start engine kereta & vroom vroom terus ke SAR KAFA Integrasi Setia Alam (konon nak sampai dulu before budak di turunkan van sekolah. Rupenya struggle sekejap nak cari tempat nak parking kereta. So while maknya cari parking, Paan dah turun van & Aunty Kok dah ensure budak2 kecik masuk pagar.



Maknya tengok dari jauh je, antara pesan maknya :-

"Dengar cakap ustazah, nnt waktu rehat boleh beli makanan dkt kantin, makan dengan kawan2, waktu balik tunggu Aunty Kok dekat tempat Aunty suruh tunggu tau. Jangan " merayau-rayau"

Dia jawab "haa.. tau dah.. Aunty Kok dah bagitau dah saya"

9.30 am
Maknya datang jenguk waktu rehat. Tercari-cari budak kecik tu, di celah2 anak-anak yang macam semut keluar kelas. Easy going as usual, boleh beli makan sendiri, duduk di meja terus boleh borak dgn member sebelah. Bila di tanya "kawan kelas paan ke ?" Dia jawab "ntah la.. tatau darjah berapa ntah.."



Kring masuk kelas ... Maknya rasa lega .. balik rumah. Selesai hal satu sekolah.

10 am
Maknya ajak Amirul Akmal (Abang) untuk cari beberapa item yang masih belum cukup utk asrama. Bapanya pun follow. Memula ke Daiso (biasala masuk Daiso mmg senang nak leka). Lepas tu singgah 99mart plak nak cari bekal kudapan sikit utk Abang esok hari.

12.15 pm
Off Paan ke Sekolah Kebangsaan pula.


12.30 pm
Maknya sekali lagi mengalami masalah mencari parking kat sekolah .. uhuh. Ingatkan dah awal, rupenye dah lambat. Berjalan laju2 masuk perkarangan sekolah, dari jauh dah nampak budak botak lari lari sengih (muka lega) nampak maknya sampai. Kata dia.. lepas Aunty Kok hantar depan pagar sekolah, dia jalan je ikut kawan2 tu masuk sekolah. ((bagus baguss..))



Cerita di perhimpunan pertama anak Darjah 1 , sama je saban tahun. Yang anak nya yang pertama (sulung) masuk sekolah, risaunya tak bersempadan (kata si emak anak #3 masuk sekolah; konon dah expertla tuh.kahkah)

Berbuih buih, berbelon belon air liur si cikgu memaklumkan "Minta kerjasama ibu bapa, tidak berada terlalu hampir dengan pelajar. Minta kerjasama memberikan ruang dan laluan kepada pelajar.. " Adehh.. mmg tak makan saman.

Mak mak veteran.. berdiri seiring agak jauh sedikir dari barisan pelajar , dua tiga orang (muka agak2 kenal.. pernah selisih di waktu di tadika, pernah anak #1 & #2 sekelas dulu.. ) Borak2 kosong bertanya khabar. Bertukar cerita si anak yang lain.. selang seli umpatan sedas dua kat mak pak yang tak makan saman & sama beratur di barisan pelajar. Kalau boleh nak duduk sekali agaknya di situ. Adeh..


Udahla petang dan panas, lama pulak ucapan Guru Besar..  antara ulasnya KSSR model baru..  betapa ramainya anak-anak tahun 1-2017 ini, 400 lebih semuanya yang melapor diri. yada yada.. ((dalam pikiran mak ada satu je..  Errr tak boleh ke anak-anak nih masuk kelas dulu.. ?")). Adehh..

Selamat pelajar-pelajar masuk kelas.. Maknya lambai lambai bagi semangat kat Paan "Chaiyok ..chaiyok" ((tu dalam hati maknye aje.. tak le plak maknya menjerit2 di tgh panas tuh)).



3.00pm
Mak datang lagi nak jenguk orang waktu rehat. Mak lambat, maka tercari cari dalam 400 org campur lagi budak darjah 2 & 3. Si budak comel kecik kiut tuh. Bila jumpa.. Ohoh selamat dah dia sedang membayar dekat makcik kantin. Bertukar tangan duit & air Tinge. Bila di tanya, nape beli air aje ? Jawab dia " Ramai ibubapa yang beli makanan, saya tak boleh nak beli. Sebab tu saya beli air nih, situ tak ramai orang" .. Adehh..


3.30pm
Keluar lagi bawa Abang ke BSN, konon nak applykan akaun. Sekali tu nombor giliran menunggu yg depannya ada 40 orang. Errk.. kensel.

6.30pm
Tengok rambut abang.. Alamak Abang.. tak potong rambut lagi. Zaaas keluar balik pergi potong rambut ala budak sekolah sopan di Tesco.


Adeh penat betul rasanya.

Januari 4

4 am
Paan masuk bilik, kata nak verak. OKla.. bukakkan lampu. Dia diam buat projek. Mak pun ngantuk2 tunggu. Dia keluar bilik air.. duduk tepi katil. Dia cakap "mama saya rasa macam nak muntah.. "

Blueeeekkkkkk..

Adeehh.. new episode.

Nov 22, 2016

Ujian & Penilaian..

Indicator for success ? Belum lagi
Indicator for failure ? Belum lagi

"Pengalaman pertama menjadi parents mengambil result UPSR di sekolah. Sesuatu di luar jangkaan melihat ramai anak-anak menitiskan air mata setelah keputusan diumumkan. Mungkin 6A menjadi sasaran, bilamana tidak terjangkau hanya air mata menjadi pengganti. Fahamilah di saat itu, keputusan itulah segala-galanya yang membawa makna di dunia, dunia kecil mereka. Berilah sokongan dan dorongan untuk terus ke hadapan. Ini adalah suatu pertempuran dalam peperangan yang lebih panjang..."

kata : Si bapa kepada Amirul Akmal Dzulhasrin

All smiling after the last science paper 2
8th September 2016

"Dengan hanya 1.11 peratus daripada jumlah keseluruhan 440,782 calon yang menduduki UPSR tahun ini memperoleh semua A .." - macam macam tajuk berita keluar.. macam-macam ulasan KPM bagi.. macam-macam reaksi ..  Bagus juga pagi tu dah keluar preview , informal analisis, gossip2 di whatsapp... Kami dah berlapang dada masa nak melangkah ke dewan terbuka (joining other parents & anak-anak tahun 6 yang berdebar-debar).

Berdebar - debar... 

Hanya 3 orang di SK Setia Alam mendapat 6A. 12 orang 5A.

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Seperti kata pepatah.. Kalau hendak seribu daya.. kalau tak hendak seribu dalih.. Pastinya utk keputusan UPSR 2016 nih, mama yakin Abang mmg hendak buat yang terbaik.

Berkali kali di atas pentas abang tanya (taktala parent di panggil bersama-sama naik ke pentas utk bergamba) "Takpe ke Mama ? Takpe ke ? Takpe ke tak dapat semua A ? "

Takpe Abang.. OK sangat dah nih..  :)

Dia kata .. cikgu umum nama ikut no giliran. So dia dah rasa takut sangat kalau next name skip giliran dia.  

Budak baju merah kecik tuh.. harapnya boleh kenang saat ini.. Dan jadikan inspirasi ye :)

Si Abang has a mixed feeling pada hari kejadian.. Dia rasa bersalah katanya ((i think dia maybe nak expresskan rasa 'serba salah')) . Kawan-kawan dia sibuk bercerita tentang hadiah hadiah mak ayah dah janji kalau dapat 6A, ada yang hendak itu.. ada yang hendak ini.. Masing-masing dah memasang angan yang tinggi. Yakin sekali.

Mudahlah orang kementerian berkata.. "ini format baru " ;  "Usah di banding tahun terdahulu.." ; sepatutnya itu dan sepatutnya ini.. Apa mahu kita katakan pada anak-anak ini ? Tidak di fahami anak-anak ini tentang perlaksanaan dasar jangka panjang.. bla bla..

Abang tak mahu ambil gambar dengan kawan - kawan ke ? Dia geleng.. cepat cepat lari. Serba salah betul sampai takut nak approach kawan-kawan lain.

Dalam esak-esak kawan2 lain, yang dua orang nih kelihatan tersenyum.. :)
Perjalanan masih jauh utk anak anak ini... Cabaran sekolah rendah telah di redah..  Moga moga perjalanannya mudah & di berkati selalu... Amin amiinn.. amin Ya Allah.

Moga menjadi contoh dan inspirasi adik adik :)




Nov 11, 2016

Tak sampai-sampai New Zealand ke ape ke ?

Setahun dah berlalu.. posting last hanya sampai cerita transit kat Melbourne..
hahahha.. teruk.. mmg teruk..

Ok.. skrang rasa rindunya dengan tasik nan biru itu.. wuwuwu

Okla.. lets move on.. (bila rajin tahap gaban datang menyerang suatu hari nnt.. akan ku sambung cerita NZ tuh).. :P

Whats up with November 2016 ?

Abang dah nak kena buat pengesahan masuk Tingkatan 1 utk seisi 2017 di SMK Setia Alam, Shah Alam. Ini sekolah wajib daftar, kalau abang ada rezeki di tempat lain.. nanti kita cerita lagi.

Result UPSR pun dah nak annouce dah next week 17 November.. Apa pun result abang nanti.. Mama bangga dah & yakin abang dah buat sehabis baik yang abang mampu... Yah yahh.. Mama still terbayang-bayang abang punya senyum simpul masa keluar pagar sekolah hari last exam.. senyum aje.. Bahagia sangat agaknya rasa dah lepas dah satu tanggungan peperiksaan besar.

PSRA pun dah lepas.. kata orang.. result PSRA umum before UPSR.. ehh berdebar pulak


Cik Nurul kita, show tremendous improvement dalam merajinkan diri study. Ambil UPKK exam hari tuh, dengan penuh bersemangat waja.. Mama harap.. Ika akan berjaya dgn cemerlang dalam apa apa bidang pun yang Ika minat.. Yang penting berusahalah.. kalau tak kita yang usaha.. takde sesiapa pun yang boleh tolong diri kita sendiri.. (kan Ika kan?) -- boleh tulis dialog macam nih.. Sbb mama tau.. Ika baca blog mama wlpn dah bersawang lama tak tulis nih..  Next year nak UPSR dah..


Ariff Farhan pun dapat dah surat untuk menghadirkan diri Orientasi Tahun 1 2017 , hujung November nih jugak. Makanya.. nak kena beli baju seragam sekolah kebangsaan dah utk budak comel kiut miut tuh.

Mama dengar-dengar Tahun 1 2017, akan dapat seisi petang di SK. Tak berpeluanglah 'Paan' nak guna khidmat kakak utk tolong angkat beg pergi sekolah.. Aiyohh.. macam mana la budak kecik comel nih nak pikul beg sekolah berat nnt.. (T_T)

Lately, tak suka orang ambil gambar dia.. Marah saja.. atau suruh delete.. hehehhee.. Yelah tuh.. :P




Azfar Hazim.. dah 1 tahun 1 bulan + dah.. milestone ? Banyak dah..  even dah boleh membebel (tatau butir amenda ntah). Jalan, lari.. tergolek terlentang memang dah rutin. Still BF.. alhamdulillah.. Jimat belanja takyah kena beli susu tin.. Mahal woo skarang.. wuwuwuuwu.



Wrap up cerita November (as at today)

video


xoxo




Mar 18, 2016

New Zealand aku datang - The Great Ocean Road (while in Melbourne)

OEO20.11.15. (Jumaat)
Ke Melbourne Airport Tullamarine melalui jalan pantai ke Apollo Bay . Jauh perjalanan 98km. Singgah 12 apostles - picnic lunch bekal dan beli dihalal restorant Iluka Restaurant di Apollo Bay - Lorne beach - sempat juga beli buah-buahan segar strawberry dan cherry. Singgah solat di Masjid di Geelong - drop off car rent - Melbourne airport - Flight 12 am

One for the album :) - gerbang GOR

Hari kedua di Melbourne :)

Selepas segar dan mendapat rehat yang cukup, hati pun berbunga-bunga .. Maka dapatlah berjalan-jalan dengan lebih gembira (drama tetap ada.. tapi kurangla dari Day 1)

Bye bye Cabin #4 - dah segar baru leh bergambar depan rumah.. :)

Route balik ke kota Melbourne adalah menyusuri The Great Ocean Road... yang berliku-liku tapi Subhanallah permandangan yang cantik dan mendamaikan hati. Google Maps kata masa di ambil 4 jam.. tak masuk berhenti .. hehehe.. So kebenarannya adalah bertolak pepagi.. kol 8 malam baru sampai airport.. kuhik..

Sebenarnya Kakngah dan Hajar dah guna laluan pantai masa datang ke Port Campbell, konon masa balik ke city diorang nak lalu Colac pulak.. Tapi sebab dengar kami dok bebel betapa bosannya jalan Colac tuh.. diorang pun terus tukar plan .. balik lalu pantai .. :P . Dengan berbuddy travel nih semangat sikit ... ada motivasi (pandai je aku yg dok belakang nih).

Port Campbell - Apollo Bay - Lorne - Anglesea - Geelong - Tullamarine Airport



Since hari #1 sampai dah gelap.. kami baru nak singgah attraction yg ada di sekitar Port Campbell. Yang dah pergi satu tempat aje semalamnya hanya Loch Ard Gorge. First destination kami singgah adalah The Twelve Apostles. Nih lah dia ikon kalau korang google je Melbourne mesti ada gamba nih.. or kalau ada iklan "mari ke Melbourne..." itu la gambar utk promosi nya.. 
The Twelve Apostles is a collection of limestone stacks off the shore of the Port Campbell National Park, by the Great Ocean Road in Victoria, Australia. Their proximity to one another has made the site a popular tourist attraction. 
(sumber wikipedia)
Ok jom share gamba dekat ruang peninjau nya..

Twelve Apostles 



Sebenarnya ada lagi main attraction di Port Campbell ni "London Arch" dengan "The Arch", tapi kami tak singgah πŸ˜…. So if you are travelling to GOR, boleh lama singgah tmpt menarik yg lain ye..

Selesai menikmati keindahan ciptaan Allah dan puas bergambar, perjalanan di teruskan ke Apollo Bay (target lunch di sana). Perjalanan mmg penuh liku.. Sekejap di menyusur tepi pantai, sekejap masuk ke kawasan berhutan.. Tapi much much better daripada jalan straight Colac tu.. πŸ˜…

Apollo Bay ni dari kejauhan boleh nampak dah (ye la kan.. Ianya adalah sebuah teluk - blaja geografi kan? Ini adalah salah satu bentuk muka bumi hasil daripada hakisan ombak) . Dalam lagi 10 minit nak sampai keluar dari kawasan hutan belantara sikit boleh nampak dah view Apollo Bay 😘

Sampai kat Apollo Bay ni.. Berhenti jap tepi jalan (suke suke aje sbb tak banyak kereta kan) bincang bincang apa rencana dgn kete kakngah & hajar. Dah lupa ada something yg buatkan kereta satu lagi berhenti, tapi kami menunggu je kat tepi tu jugak. Waiting for..? 

Suddenly Mak spotted kedai buah.. 😍 .. Apalagi.. Terus je Mak dan Abah turun pergi jengah. While waiting for Mak dan Abah masuk kedai buah, kami google map sekejap di manakah lokasi LLuka Restaurant (Halal certified) utk beli additional lauk dan foods utk lunch. Rupenya dah sampai pun.. About 50 meter dari tempat kami benti beli buah tu. So hubby find a better parking slots, and off he goes to Lluka utk mencari makanan. Yummm.

Both misi mencari buah buahan dan makanan berjaya. Mak dan Abah kembali dgn cherry dan strawberry yg super yummilicious. Hubby comes back with 1 ekor grilled chicken dan set of fish and chips. Moh makan lunch!! 
stoberi yg sedap amats.. 

Yummmmeehhhhh.. wuihh terkenang2 kemanisannya

Ceri pun manisss sangatt.. aaaa sedapnye
Utk tips.. Sila bawak sos cili yg kecik2 dapat dari kfc ke, mcD ke kat Msia tu sbb kat Aussie derang ni cili sos tu kena bayo kalau nak .. Add on okeyh. 

Dan kami pun jadi ala-ala orang putih berkelah di tengahari kat taman. Cuaca nyaman nyaman gitu.. Best best..
Piknik Lunch
Credit to Farrah :)


Peace yo!
budak budak bergembira 
Bila perut dah kenyang.. Budak-budak pun bergembiranmain di taman dgn rakan-rakan. Mak-mak pun dah posing selfie sedas dua das.. Perjalanan kami diteruskan ke Lorne. Before meneruskan perjalanan , singgah di stesen minyak di pekan Apollo Bay dulu. (Isi minyak weh.. Kang tak pasal2 benti tgh hutan ke ape ke.. ) 

It's a long windy road (cewaahhh).. Menyusuri pantai, tebing batu yg curam, berliang liuk jalannya .. (Sakit pinggang rungut si driver yang sorang) πŸ˜… . Sampai di Lorne, driver terus cari best spot utk parking. Pekan ni nampak lebih ramai orang (tak sure local or tourist.. Tapi pekannya 'happening' sikit compare to Apollo Bay tadi). Mak sempat sambar 2-3 keping fridge magnet di Kedai souvenir yg kebetulan btul2 depan kereta park. Agak lama kami berhenti rehat di Lorne ni..sebab Pak supir (hubby) mahu melepaskan lelah memandu sambil hirup udara segar di pantai Lorne. Burung2 kakak tua ada byk kat sini dan sangat2 jinak.. Mcm kalau kat Msia tu kita tgk bersepah2 burung merpati or gagak ke.. Sini bersepah2 burung kakak tua.. Comel ❤️

Melepak di Pantai Lorne

Lepas semua settle meregang kaki, kami set utk pergi ke Split Point Lighthouse , kemudian kalau sempat ke Brighton beach boxes. Mulai saat memulakan perjalanan dari pantai Lorne.. Kami terpisah lagi sekali dgn Hajar dan KakNgah..keh keh. 

Split Point Lighthouse ni kena masuk agak ke dalam dari main road, boleh nampak dari main road. Percubaan demi percubaan utk contact kak ngah or hajar (diorang tak ambil data plan ketika di Melbourne.. ) udahnya.. Kami jalan je lah dulu. 

Selepas buat perkiraan (pakai gps) , kereta kami cancel trip ke Brighton beach  sebab dah lewat ptg baru sampai situ, kemudian nak patah balik ke airport.. Takut kelam kabut. So bye bye rumah2 kotak yg berwarna warni.. Lain kali kita ajelah kita singgah.

Split Point Lighthouse
(menunggu team satu lagi yang tak tiba hingga akhirnya)

Sebelum ke Airport, kami singgah di masjid di Geelong. Sempat juga singgah di kedai makanan halal (asian cuisine katanya) berdasarkan pamplet yg Mizy jumpa di masjid 😬). Later I cari address dan nama kedai tu.. Sedap. Since kami masih ada lagi nasi putih yg di bawa bekal , kami beli lauk kari daging dan tomyam sahaja. Fuuhh mmg sedap sampai menjilat tapawer.. Heheheh. Makan berkelah dalam kereta je pun. Malas nak keluar dari kereta. 
Geelong Mosque
Ustaz Hazim (bagus baik aje kena baring kat masjid while mama nak solat)

Siap makan, off ke destinasi seterusnya airport. Hiyahhhh.. New Zealand kami nak datang!!!!!! (Berkobar kobar jiwa) 😍